Sabda Rasulullah:
"Jangan engkau kahwini wanita yang enam, jangan yang ananah, yang mananah, dan yang hananah dan jangan engkau kahwini yang hadaqah, yang basaqah dan yang syadaqah"
Orite, mari hamba jelaskan sifat-sifat wanita yang terdapat dalam pesanan Rasulullah tadi :
WANITA ANANAH : Wanita yang suka mengomen suami. Contohnya, semua yang suami lakukan semua tak betul, kesalahan suami sahaja yang nampak. Sedangkan kesalahan sendiri tidak diendahkan.
WANITA MANANAH : Hok nih pulok, jenis ore wanita hop suko ngungkit. Contohnya, dio suko ngungkit kebaikan hop dio buat utk si suami seperti beli hadiah, memasak dan lain-lain.
HANANAH : Bagi kategori nih, untuk ore wanita hop menyatakan kasih sayang terhadap orang lain selain suami dan selalu berharap buleh suami hop lebih baik dari yang sedia ada. Contohnya, si isteri menyatakan kasih sayang terhadap suami yang terdahulu (janda) dan berharap dapat kembali kepada suami terdahulu sedangkan si isteri itu sudah pun berkahwin.
HADAQAH : Wanita jenis nih, hop biaso kito jupo, wanita hop tergolong dale golongan HADAQAH adalah wanita yang bersifat BOROS. Ambo rs kalu sifat ni tok perlu nak bagi contoh sebab sumo orang tahu apa itu boros.
BASAQAH : Bagi golongan nih pula, wanita yang suka menghiaskan diri bukan untuk suami tetapi untuk tontonan lelaki lain. Sedangkan bagi wanita, haram bagi mereka berhias-hias sperti memakai wangian untuk tujuan lain selain tontonan atau menghiburkan hati suami.
SYADAQAH : Wanita yang suka bercakap banyak. Maksud hamba disini, bukan "ngepek", bercakap banyak seperti suka mengumpat, bercakap perkara yang tidak berfaedah. "Ngepek" tuh untuk memperbetulkan kesalahan, bukan berbual kosong. Maksud SYADAQAH kat sini, wanita yang suka berbual-bual kosong.
Sekian, Wassalam ^_^
- coretan cik.Razi




0 ulasan:
Post a Comment