Sunday, 30 December 2012

#DeaLova . .

Aku Ingin Menjadi Mimpi Indah Dalam Tidurmu,
Aku Ingin Menjadi Sesuatu, Yang Mungkin Bisa Kau Rindu.
Karena, Langkah Merapuh Tanpa Dirimu.
Aku Ingin Menjadi Sesuatu, Yang Slalu Bisa Kau Sentuh,
Aku Ingin Kau Tahu Bahwa Ku Selalu Memuja Mu,
Tanpamu, Sepinya Waktu, Merantai Hati . .

Selalu dulu aku bayangkan saat seseorang datang menemani malamku, 
Selalu dulu aku bayangkan saat seseorang datang mengisi kekosongan hatiku,
Dan selalu aku bayangkan saat seseorang hadir mewarnai hidup aku.

Aku selalu mendengar ucapan mereka,
"Jodoh Itu Ketentuan Tuhan, Tak Perlu Dicari Kerna Ia Pasti Datang,"
Aku yakin dengan kata-kata itu,
Jodoh itu milik mutlak Yang Maha Pencipta,
Tetapi tanpa usaha dan perancangan semua mungkin akan kabur dari pandangan.

Perlahan-lahan aku harungi hidup aku,
Perlahan-lahan aku lalui semua berseorangan,
Perlahan-lahan aku rawat hati aku yang tersakiti.

Allah itu Maha Penyayang,
Dia dengar setiap doa aku,
Dikirim-Nya engkau mengisi kekosongan hati aku,
Menjadi seorang yang selalu membangunkan aku di saat aku jatuh,
Menjadi orang yang selalu di sisi aku di saat aku keseorangan.

Jika suka, Ia menjadi kasih,
Bila kasih, Ia menjadi sayang,
Bila sayang, Ia menjadi rindu.


Saat Kau Ingat Aku, Ku Ingat Kau,
Saat Kau Rindu Aku Juga Rasa,
Ku Tahu Kau Selalu Ingin Denganku,
Ku Pastikan Yang Terbaik,
Yang Bisa Ku Lakukan,
Tuhan Pun Tahu Ku Cinta Kau.
Aku inginkan sesuatu dari hubungan ini,
Aku inginkan semua menjadi kenyataan,
Tidak hanya omong kosong,
Akan ku capai ia untuk diriku dan dirimu,
Aku inginkan kau Halal untukku. 

Semua orang boleh berkata apa yang mereka inginkan,
Tapi yang merasa semua kepahitan itu hanya engkau dan aku,
Mereka hanya pandai mengkritik dan menghina,
Tapi yang berusaha hanya engkau dan aku.


Ahh ! Lupakan mereka semua!
Siapa mereka dalam hidup kita?
Mereka kah yang selama ini memberi kita semangat?
Mereka kah yang selama ini mendoakan kita?
Mereka hanya orang yang tidak berpuas hati dengan kehidupan sendiri,
Mereka hanya orang yang pandai berkata-kata tetapi tidak pandai berusaha.

Lihat diri aku!
Engkau yang selalu berada bersamaku,
Engkau yang lebih memahami siapa aku berbanding mereka,
Allah itu Maha Mengetahui,
Dia lebih tahu siapa diri aku.

Cukuplah hanya kita berdua,
Tidak ingin aku orang ketiga,
Sama ada ketiga itu insan seperti kita atau pun syaitan.

Pejam mata mu wahai Sayangku,
Pejam mata mu wahai Permaisuriku,
Mimpikan Mimpi Yang Sempurna.

Buka matamu,
Dan bersamaku mengaharungi semua ini,
Membina cinta sejati,
Membina cinta yang diredai.

Dealova itu bermakna "Cinta Sejati",
Dan percayalah sayang,
Kau lah Dealova ku . . .








-coretan Cik Razi


Thursday, 27 December 2012

Uhibbuki Fillah ❤❤

 Sabda Rasulullah : "Jika seseorang hamba-Nya menahan keinginan dae sesuatu yang haram kerana Allah, maka Allah akan memberikan sesuatu yang diingininya itu sesuatu dengan jalan halal."

   Hanya dengan serangkap firman Allah melalui lidah Kekasih-Nya, Rasulullah S.A.W ini sahaja ia sudah memberikan satu makna yang besar dalam kehidupan termasuk kisah percintaan antara Si Adam dan Si Hawa. 

Aku Cintakan Mu Kerana Allah . . .

   Satu ungkapan yang amat bermakna yang tulus dari hati Aku untuk Engakau duhai Sang Kekasih. Bukan hanya sekadar kata-kata, ketika Aku ungkapkan kata-kata ini, "Sayang, Aku Mencintai Mu Kerana Allah", dan apa yang membuktikan kata-kata Ku ini? Sedangkan Aku hanya seperti mereka yang sedang khayal bercinta sama seperti lelaki lain di luar sana. 

Pada saat aku ungkapkan lafaz itu, jauh di sudut hati aku . . . .


Aku Mencintai Mu Kerana Akidah Mu,
Aku Mencintai Mu Kerana Kesungguhan Mu,
Aku Mencintai Mu Kerana KeImanan Mu,
Aku Mendoakan Mu Tanpa Kau Tahu,
Aku Menegur Semua Kekhilafan Mu,
Aku Menerima Semua Teguran Mu,
Aku Tersenyum Untuk Kebahagiaan Mu,
Aku Sentiasa Di Sisi Mu Saat Kau Rebah,
Aku Sekuat Tenaga Membantu Mu,
Aku Menjaga Segala Rahsia Mu,
Dan di saat Aku sedang merasa kepahitan dan kesedihan, Engkau yang pertama muncul untuk meredakan kesulitan. . .

   Semua ungkapan tidak dapat untuk membayangkan apa kata hati Aku ini, hanya Engkau yang lebih mengerti semua tentang Aku, semua tentang kehidupan Aku. 



Cinta Kalau Bahasanya Hati, Itulah Cinta Hakiki . .
Kasih Jika Dasarnya Rabbi, Itulah Cinta Sejati . .
Cinta Ini Pasti Diuji Kerana Ia Tradisi Janji . . -Jendela Hati 1993




Uhibbuki Fillah ❤❤
Nurul Syazana Rosidi . . .





-coretan Cik Razi

Tuesday, 11 December 2012

Ikrar Cintaku!

Aku tahu diriku tidak sempurna untuk dirimu,
Dan ku tahu aku bukan yang terbaik seperti yang kau pinta,
Tapi sayang, 
Peganglah janjiku dan pahatlah ia kejantung hatimu,
Akanku menjadi yang terbaik untuk dirimu, untuk masa depanmu, untuk kehidupanmu,
Akanku serahkan cintaku, jasadku pengorbananku kepadamu . .


Dan sayang,
Aku juga mengerti engkau juga bukan insan yang sempurna,
Engkau punya kelebihan dan kekurangan,
Akan aku sempurnakan kekuranganmu, perbaiki kesilapanmu, dan terangkan kehidupanmu . .
Akan aku serahkan janjiku, kepercayaanku dan kesetiaanku untukmu agar semua terang walau dalam gelita . .


Di sini, di saat ini, sewaktu ku lafazkan "cintaku padamu",
Segala kesedihanmu, tangisanmu, keperitanmu akan terhenti,
Jika masih ada, pasti akan ku lakukan sesuatu walau ia diluar kemampuanku . .


Aku ingin selalu denganmu,Aku ingin cintai kekuranganmu,Selalu bersedia bahagiakanmu,Apa pun terjadi, Ku janjikan aku ada . . 


Jauh di sudut hatiku,
Ku juga inginkan sama dengan hatimu mahu,
Aku pasti kamu mengerti diriku lebih dari apa yang aku tahu . .


Janji selalu setia denganku,Janji selalu bersamaku,Janji bahagiakanku . .

Toleh ke arah ku, 
Dan percaya kata-kataku,
Ia satu kontrak hatiku,
Kerna ia "Ikrar Cintaku"!



- coretan Cik Razi



Sunday, 14 October 2012

Cerita Hati ♥


Hati mana akan mudah menerima kalau sudah sering dimainkan?
Hati mana akan pulih jika sering disakiti?
Itu hati aku, hati yang selalu dimainkan, hati yang selalu disakiti. 
Itu hati aku yang belum terbuka menerima pendatang baru.

   Mungkin suatu masa akan ada Si Hawa akan merawat hati aku yang selalu dimainkan yang selalu disakiti. Mungkin semua akan berubah. Mungkin dan mungkin . .

   Tapi hingga saat ini, belum kelihatan Si Hawa singgah di hati aku. Belum ada Si Hawa merawat hatiku. Bahkan, semakin hari, semakin perit. Semakin hari, semakin terseksa. Ya Allah, berat sungguh dugaan-Mu ini.

Apa yang aku kejar dalam saat ini? Cinta? Kehidupan? Cita-cita? Keluarga?

   Ya! Itu semua perlu. Keluarga itu utama, cita-cita itu masa depan. Masa depan semua, untuk diriku dan untuk keluarga aku. Keluarga dan cita-cita itu kehidupanku. Terus dan terus dikejar, terus dan terus dicapai. Harapan semua itu semakin cerah, namun jika aku menyerah ia mungkin akan musnah. Setiap tujuan mesti ada pengorbanan. Apa pengorbanan aku?? Telah aku korbankan semua, segulung ijazah aku, kesihatan aku, masa aku dan hati aku. Jangan mengeluh. Jangan merintih. ALLAH MAHA ADIL, berkat doa dan usaha aku, dengan keredaan-Nya, aku pasti berjaya insyaALLAH.

   Cinta? Itu penting untuk aku. Manakan akan hidup seseorang manusia jika tanpa cinta. Cinta ibu dan ayah yang membesarkan aku. Cinta Si Hamba kepada Maha Pencipta yang membuatkan aku terus berusaha mencapai keredaan-Nya. Tapi cinta kepada pemilik separuh jiwa aku?? Aku juga sama dengan semua, ingin mencintai dan ingin dicintai. Tapi, apa yang aku rasakan saat ini, aku ingin dicintai tapi takut untuk mencintai.
Susah untuk menerima semua ini. Ramai yang menasihati aku, apa yang terjadi ini kerana dendam. Dendam aku yang dahulu, dendam aku yang menghasut aku, dendam yang menghalang hatiku, yang memeritkan hatiku.

   Biarkan masa berlalu, biarkan angin meniupnya pergi. Mungkin suatu hari aku pasti dapat hidup lebih bahagia dari dulu. Hidup dengan insan yang lebih memerlukan dan menghargai aku.

   Hei Si Rama-rama, aku harapkan kau bahagia dengan kehidupan kau. Itu yang kau pilih, itulah yang akan kau hadap.

   Ini hidup aku, hidup baru aku. Duhai Si Hawa, Duhai Sang Kekasih, jika suatu hari engkau singgah di hati kecil aku, aku harapkan engkau yang terakhir, dan aku harapkan kau ubatkan segala luka dihati aku.

   Tolong, tolong kau ukir senyuman aku yang telah lama hilang dulu. Akan ku janji denganmu, akan ku jaga hatimu, akan ku jaga maruahmu sebagai mana engkau mencintaiku.




- coretan Cik Razi

Wednesday, 11 July 2012

#Assalamualaikum Sayang

Kau lahir 4 bulan lepas. Aku sayang engkau sangat-sangat. Engkau selalu temankan aku masa aku sedih, masa aku tidur, masa aku makan, masa aku tengok tv. . .

Ingat aku masa kau lahir, aku bawa ibu kau dari kedai aku pulang kerumah dan aku letakkan kat dalam cage. Bukan nak seksa ibu kau, tapi aku nak kau dan ibu kau selamat. Kau lahir, depan mata aku. Ibu kau mengiau menahan sakit sewaktu melahirkan kau, 4 ekor semua tapi engkau yang aku paling sayang.

Kau special, kau ada 24 jari, 6 jari kat setiap kaki, kau betina, dan kau manja dengan aku. Teringat aku satu masa dulu, sewaktu aku sedih teringatkan ex aku, kau datang lompat atas katil dan tidur kat tepi aku. Kau ingat tak masa tu sayang ? Aku mengangis depan kau, aku bercakap dengan kau. Mungkin kalau orang lain tengok, diorang akan kata aku gila lah sayang. Tapi, biarlah apa orang nak kata, lebih baik aku sayangkan binatang dari sayangkan orang. Betul tak kitty ?

Tiap-tiap pagi kalau aku bangun tidur, aku akan keluar dari rumah dan bagi makan kau dengan 3 ekor yang lain. Hey, aku rindu kaulah kitty, aku menangis lah sekarang ni! 

Seumur hidup aku aku tak pernah sayangkan bintang sama macam ni, aku selalu luahkan perasaan aku dekat kau walaupun kau hanya melihat tapi aku tau kau faham apa yang aku ucapkan itu kitty. 

Kau makan banyak, sekilo makanan kucing tu tak cukup untuk korang 4 ekor  untuk seminggu kan? Hahaha, tak per janji korang semua happy, aku pun senang hati tengok korang semua bergurau.
Kalau tengah hari, lepas zohor aku selalu tengok tv kat ruang tamu. Macam dah ada chemistry, kau mesti datang duduk kat tepi aku kadang-kadan kau naik atas perut aku, kau tiduk kat situ. Kau manja dengan aku. Aku sayangkan kau. Hey kitty aku saye ko mu !

Kau bukan kucing parsi bukan kucing yang ada jual kat pets store. Tapi kau kucing kampung yang aku bela dari kau lahir, seminggu sekali aku akan mandikan kau. Betul tak? Bau kau wangi “,
Tapi 2,3 minggu lepas kau jadi lain. Tak sama macam dulu aku tengok kau moyok. Why sayang ?? Kenapa dengan kau ?? 

Mula-mula aku ingatkan kau lapar, aku bagi kau makan. Then, i realise something strange. Kau kuat minum air, berbeza dari selalu makan kau tak nak, tapi kuat minum air. Aku ingatkan itu normal bagi kau tapi, sebaliknya. Mungkin tu tanda kau akan pergi tinggalkan aku kitty. 

Semua salah aku, aku lambat hantar kau kat klinik. Bodoh kan aku ni kitty ??? 

1st July 2012, kau pergi tinggalkan aku. Pagi tu, aku bangun dan pergi kedai ambil makanan kau satu guni besar aku rasa dalam 9kg. Untuk kau! Aku tengok yang lain semua makan, tapi kau hanya minum air. Aku angkat kau, aku tengok mulut kau berbuih. Cepat-cepat aku start motor aku, finding nearby clinic. Tapi, klinik tutup. CELAKA KAU DOKTOR!

Aku balik rumah, terkejut aku tengok kau terkualai atas lantai. Darah keluar dari hidung kau. Hey !! Sape yang nak temankan aku lepas ni kitty? 

Aku gali tanah, aku angkat kau . . Aku tenung mata oren kau, mata kau dah berubah jadi warna pucat . . dan aku sedar kau dah pergi. Aku sayangkan kau . . Aku janji dengan kau kitty , aku akan selalu berbaik dengan binatang . . . .

#Assalamualaikum Kitty.


- Coretan Cik Razi

Tuesday, 1 May 2012

Sudah cukup sudah . .

Hati ini meraung bukan kerana aku memerlukanmu, bukan kerana aku ingin kau kembali kepadaku, tetapi kerana aku akhirnya menyedari aku harus melepaskanmu pergi. Aku mungkin dapat menerima perpisahan kita, tetapi perlu dikorbankan segalanya. Sekian lama aku menghilangkan diri tetapi kelibatmu muncul dihadapanku lagi dan merosakkan segalanya. Aku tewas !!

Soal hati tiada undang-undang, apatah lagi paksaan.

Tiada perkara yang lebih manis dari kemanisan cinta dan tiada perkara yang lebih ngeri dari kepahitan putus cinta. Sejarah silam itu ibarat pisau yang tajam yang menikam dan mampu melukakan sesiapa sahaja. 

Ramai yang berkata, cinta sejati adalah apabila kita masih mampu tersenyum, sambil mendoakan kebahagiaan untuknya walaupun si dia sudah pun pergi bersama insan lain. Tetapi tidak bagi aku, jika cinta itu cinta sejati, maka tidak akan berlaku perpisahan, tidak akan berlaku kesedihan, tidak akan berlaku kepahitan. 

Sesungguhnya aku langsung tidak percaya tentang kata-kata "cinta tidak semestinya memiliki". Manakan namanya cinta, atau kasih sayang jika terjadi kepada sebelah pihak ? CINTA itu hubungan kasih dan sayang dua insan yang saling memerlukan. 

Sesiapa sahaja yang putus cinta sering kali berakhir dengan air mata.
Cinta yang tidak berbalas itu seumpama layang-layang yang terputus talinya.

Soal cinta itu soal hati dan juga soal jodoh. Kita sebagai manusia dan juga sebagai hamba-Nya hanya mampu merancang dan Allah sahaja yang menentukannya. Tetapi dalam hal ini, Tuhan hanya mengubah nasib sesebuah kaum jika mereka benar-benar bersungguh untuk mengecapinya. Aku berpegang pada itu, dan kerana itu lah aku selalu bersungguh-sungguh dalam bercinta. Tetapi, sejauh mana dan sedalam mana pun cinta kita terhadap seseorang, jika ia tidak berbalas, sukar untuk mengakhirinya dengan perkahwinan.

Cinta itu tidak selalu bersama jodoh tetapi jodoh selalu bersama cinta.

Aku ingin dicintai tetapi aku amat takut untuk mencintai, takut akan terluka lagi. Bercinta itu dibenarkan tetapi jangan menjadi hamba kepada cinta. Kuasai cinta, jadilah tuan kepada cinta jangan biarkan cinta memperkotak-katikkan keidupan kita. Gunakan akal dan fikiran, bezakan diantara PENGORBANAN dengan KEBODOHAN.

Mungkin sudah tiba masanya untuk aku berhenti mencintai, berhenti menggilai. Mungkin ini masanya untuk aku belajar bersabar, belajar mengerti semua yang ada disekeliling. Dan aku percaya, Allah telah tentukan jodoh untuk aku. Aku hanya perlu berdoa supaya segala urusan ini dipermudahnnya. Amin . . 

SUDAH CUKUP SUDAH . .



- coretan Cik Razi

Tuesday, 17 April 2012

Sahabat . .

Dalam dunia ini kita tidak punya sesiapa,

Kecuali diri sendiri..
Tetapi dalam kita bersendirian, kita beruntung kerana
Mempunyai seorang sahabat yang memahami kita…
Sebagaimana kita mengharapakan keiklasan dan kejujuran
Seorang sahabat, begitulah juga dia.

Tetapi kita sering terlupa akan hal itu.
Cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita.
Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya.
Kita tidak memberi dia peluang untuk menerangkan keadaannya.
Bagi kita, itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri.
Kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti kerana kita juga ada janji yg tidak ditepati.

Kita beri beribu alasan memaksa dia terima alasan kita.
Waktu itu, terfikirkah kita perasaannya…?
Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa… tetapi kita sering terlupa.

Untungnya mempunyai seorang sahabat yang sentiasa memahami

Yang selalu berada disisi pada waktu kita memerlukannya.
Dia mendengar luahan perasaan kita, segala rasa kecewa dan ketakutan.
Harapan dan impian juga kita luahkan.
Dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah.
Selalunya kita terlalu asyik menceritakan tentang diri kita hingga
Kadang-kadang kita terlupa sahabat kita juga ada cerita yg ingin dikongsi bersama kita.

Pernah kah kita memberi dia peluang untuk
menceritakan tentang rasa bimbangnya, rasa takutnya?
Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita.
Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya?

Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya sepertimana dia meniup semangat setiap kali kita rasa kecewa dan menyerah kalah?

Dapatkah kita yakinkan dia yg kita boleh dipercayai, kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah, agar tidak rebah…?
Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia bersandar harapan?
Sesekali jadilah sahabat yg mendengar dari yg hanya bercerita..
Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan sahabat
Kerana dia juga seorang manusia,
Dia juga ada rasa takut, ada rasa bimbang,sedih dan kecewa.

Dia juga ada kelemahan dan memerlukan seorang sahabat..

Sebagai kekuatan…

Jadilah kita sahabatnya itu.
Kita selalu melihat dia ketawa, tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangkakan…

Di sebalik senyumannya mungkin banyak cerita sedih yg ingin diluahkan…
Di sebalik kesenangannya mungkin tersimpan seribu kekalutan…
Kita tidak tahu…
Tetapi. jika kita cuba jadi sahabat sepertinya, mungkin kita
akan tahu..


RENUNGILAH…
HARGAILAH SEBUAH PERSAHABATAN KERANA DISEBALIKNYA TERSIMPUL SEGALA-GALANYA…

"Satu-satunya cara agar kita memperolehi kasih sayang, ialah jangan menuntut agar kita dicintai, tetapi mulailah memberi kasih sayang kepada orang lain tanpa mengharapkan balasan". - Dale Carnagie
"Orang yang menunjukkan kebaikan kepada anda adalah sahabat yang baik. Dan orang yang menunjukkan kesalahan anda adalah sahabat yang paling baik." - Hukamak



- coretan cik Razi 

Thursday, 22 March 2012

Cerita Aku Dan 20 Tahun ~~

Alhamdulillah, genap tarikh 22 Mac 2012, cukuplah umur aku 20 tahun. Aku bangga aku dah tua, hahahaha . . Walaupun hari ni memang teramat pahit untuk aku. Tak mengapa, Allah tahu apa yang terbaik untuk hamba-Nya. 

Aku sambut hari jadi aku sorang-sorang kot. Agak-agak macam mana rasa kalau lalui hari-hari yang kita tunggu selama setahun sorang diri? Hahaha, padan muka aku ! 

Hari ni, pagi-pagi lagi pukul 12pagi tepat-tepat 22 Mac 2012, aku ada kat sisi Ayah, teman ayah dekat hospital, gurau-gurau dengan ayah. Hei ! Ayah aku lah pengubat sedih aku . Kalau aku ada dengan Ayah, aku dah tak nak fikir semua benda lain, aku hanya nak masa aku dengan Ayah kembali. Aku balik rumah pukul 4 pagi, apa aku buat? Ayah minta aku carikan siaran radio kat handset baru Ayah. Suka-suka kitorang semalam. Dah selesai, aku balik rumah, adik aku pula yang temankan Ayah. 

Dalam pukul 6 pagi, Ibu kol, bagi tahu aku Ayah dah tak sedarkan diri, terkejut aku, Tuhan saja yang tahu. Aku bangun, terus sambut baju pergi hospital. Adik aku cakap Ayah tak sedarkan diri. Adik aku ceritakan apa yang jadi dekat Ayah masa tu, dia kata ayah mula tak sedarkan diri selepas aku balik, lebih kurang pukul 5 pagi. Ya Allah, kalaulah aku tunggu semalam. 

Samapai aku kat hospital, adik aku, Ibak, Nini, Nono dan sepupu Ayah, Acik Joe dah ada. Sampai kat hospital aku terus peluk ayah, aku tahan sebak dalam hati aku. Ya Allah, aku tak terdaya dengan ujian ini, aku tak bisa hidup tanpanya ! 

Kitorang semua keliling Ayah, aku ada dekat sebelah kanan, Ibak di sebelah kiri Nini dan Nono kat kaki Ayah. Aku nampak mata Ibak merah, aku tahu dia tengah tahan sebak, aku pon sama, Nini keluar dari bilik Ayah dirawat, Nini mengangis dekat luar. Aku tahan, aku tahan, aku tahan, dalam tak aku sedar, air mata aku dah mengalir. 
Ya ALLAH Ya Tuhanku, lindungi Ayah, sembuhkanlah Ayah, kami masih kecil, masih belum mengenal dunia ni, masih mentah, kami tak mampu hidup tanpa Ayah. Ya ALLAH, sembuhkanlah Ayah . . .
Buat masa sekarang ni, jam 11.45 p.m. keadaan Ayah dah kembali stabil, Ayah dah buka mata dan mula bercakap dengan kitorang. Walaupun nada perlahan, walaupun tak segarang dulu, tapi aku lega sebab Ayah masih bersama kami lagi, Alhamdulillah.

Memang cukup-cukup terbaik hadiah Befday aku yang ke-20 ni, Alhamdulillah . . Seorang demi seorang pergi tinggalkan aku. Aku dah cukup sedih, pilu . . Aku dah tak der tempat nak mengadu, Tak kisah lah pape pon.

## HAPPY 20TH BIRTHDAY RAZI YUSRIZAL ! 






- Coretan Cik Razi

Tuesday, 20 March 2012

Cerita Malam Ini ~~

Peje celik - peje celik, tahun 2012 dah kito. Buke stakat tu jah, 20 ari bule Mac doh eh. 2 ari lagi 20 tahun doh umo aku. Tuo doh beraso, tak dok doh belas-belas umo, puloh-puloh pulok doh lonim. Kalu dok ingat-ingat balik, mace-mace bendo doh jadi, hok aku dugo nga hok tak terduga. Sumo mari bertubi-tubi tepoh aku. Buat setakat ni, aku boleh lagi tempuhi. Walaupun bendo-bendo ni sukar gilo. Tapi yelah, Aku nok 20 tahun doh, bendo-bendo ni la hok wak aku jadi cedik sikit, jadi matang sikit. 


Ngaji pom tok lamo doh nok abis, Lepas ni kijo la pulok. Dea kijo bendo-bendo lain pulok mari, masaloh-masaloh laen la pulok timbul, cerito baru pulok maen. Sumo keno tempuhi belako tuh, tapi takpo . . ALLAH SAYANG ORANG YANG BERSABAR. 


Meme terbaik untuk tahun ni, aku tok ser cito banyok-banyok, nok sipe insyaAllah nati 22 ari bule pulok. HAHAHA . . Harap-harap lah terbaik. oke Bye !


#azan isyak doh, gi maye nuh !




- coretan Cik Razi

Sunday, 19 February 2012

Aku Saye Dio Ya Allah !

Aku saye dio Ya Allah !

Aku saye ayoh aku Ya Allah !!


Jam lonih pukul12.43 a.m.

Aku dudok kat HRPZ II, ayah aku masok wad.


Tadi aku tubek gi keda aku, tibo2 ibu kol, 
"Abe, balik cepat ayah sakit. Bawak ayah gi hospital."

Ya Allah! Dale hati aku raso sebok sangat2 aku drive gilo2 nok sapa rumoh dari keda aku kat jale PC. Sapa aku depe pitu, terus aku masok dale rumoh gi dale bilik ibu. Aku ambik monitor BP aku test bp ayah.

Ya Allah !!

205 mm Hg !! 

Aku cepat2 pipin ayah masok keto bowok gi hospital, aku sebok sangat, raso nok nepik kuat2! Air mata ayah ngalir tahan sakit. Sapa hospital, doktor cek darah sekali lagi, tapi tetap sama 205 jgk. Doktor masok ayah dekat wad kecemasan "zon kuning". Ayah kene masok air . .


Aku tengok raut wajah ayah, Ya Allah, sedih rasa, pilu rasa, 
Ya Allah, aku mohon jangan engkau ambil dia dariku . . Aku tak mampu hidup tanpa orang yang aku sayang Ya Allah!

Dari tadi aku tengok wajah ayah, aku tak henti2 doa. . Aku sayang ayah!

Sekarang ni, ayah dah kene pindah masuk wad. Name ape ntah aku tak pegi tengok, ayah tengah tidur. Tapi badan ayah menggigil, aku takut apa2 terjadi dekat ayah. Aku takut sangat, satu2 orang yang aku sayang tinggalkan aku, aku tak nak, aku tak ingin ayah pun pergi tinggalkan aku! Aku mohon Ya Allah !!!!


- coretan Cik Razi



Published with Blogger-droid v2.0.4

Tuesday, 14 February 2012

Tazkirah ust.Razi : 9 Mimpi Rasulullah S.A.W



Daripada Abdul Rahman Bin Samurah ra berkata, Nabi Muhammad saw bersabda:
"Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam aku sebelum di Israqkan"
1. Aku telah melihat seorang dari umatku telah di datang oleh malaikatul maut dengan keadaan yg amat mengerunkan untuk mengambil nyawanya,maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA.

2. Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyiksakan, diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA.

3. Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan dan iblis-iblis lakhnatullah, maka ia diselamatkan dengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada Allah.

4. Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan rantai tersebut ke duburnya oleh malaikut Ahzab,tetapi SOLATNYA YANG KHUSUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK telah melepaskannya dari seksaan itu.

5. Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat, setiap kali dia mendatangi satu telaga di halang dari meminumnya,ketika itu datanglah pahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT memberi minum hingga ia merasa puas.

6. Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang sedang duduk berkumpulan-kumpulan, setiap kali dia datang dia akan diusir, maka menjelmalah MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA sambil ke kumpulanku seraya duduk disebelahku.

7. Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadan gelap gelita di sekelilingnya, sedangkan dia sendiri di dalam keadaan binggung, maka datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang-benderang.

8. Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi mereka tidak pun membalas bicaranya,maka menjelmalah SIFAT SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU lalu menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya,lalu berbicara mereka dengannya.

9. Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukanya, maka segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KERANA ALLAH SWT lalu menabir muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut.


BERSABDA RASULULLAH SAW: 
"SAMPAIKANLAH PESANANKU KEPADA UMATKU, YANG LAIN WALAUPUN DENGAN SEPOTONG AYAT"




- coretan Cik Razi

Monday, 30 January 2012

Tazkirah ust.Razi : Berbakti Kepada Ibu Bapa

Assalamualaikum w.b.t.

“Dan Allah menjadikan bagi kamu dari diri kamu sendiri pasangan-pasangan (isteri), dan dijadikan bagi kamu dari pasangan kamu: anak-anak dan cucu cicit, serta dikurniakan kepada kamu dari benda-benda yang baik lagi halal, patutkah mereka (yang engkar itu) percaya kepada perkara yang salah (penyembahan berhala) dan mereka kufur pula akan nikmat Allah.”
[An-Nahl :72]
عن عبد الله بن مسعود قال: سألت النبي صلى الله عليه وسلم : أي العمل أحب إلى الله ؟ قال : ( الصلاة على وقتها ) . قال : ثم أي ؟ قال : ( ثم بر الوالدين ) . قال : ثم أي ؟ قال : ( الجهاد في سبيل الله ) . قال : حدثني بهن ، ولو استزدته لزادني 
Maksudnya: Daripada Abdullah Ibnu Mas’ud Radiyallahu Anhu :Aku Telah Bertanyakan Pada Nabi (S.A.W), Apakah Amalan Yang Paling Dicintai Oleh Allah Taala: Nabi Bersabda,Solat Pada Waktunya,Aku Bertanya Lagi:Apa Lagi Wahai Rasulullah?
Baginda Bersabda: Kemudian Berbuat Bakti Kepada Ibu Bapa, Aku Bertanya Lagi, Apa Lagi Wahai Rasulullah? Baginda Bersabda:Berjihad Di Jalan Allah, Kemudian Rasulullah Berkata Kepada Aku,Andai Kamu Bertanya Lagi Nescaya Akan Aku Menjawabnya.”
— Hadis riwayat Imam Bukhari(no 5970) dan Imam Muslim(no 85) –

Sama dengan sahabat-sahabat yang lain, kita dilahirkan kerana cinta ibu bapa kita. Berbakti kepada ibu bapa berbakti kepada ibu bapa sebagai amalan kedua yang dicintai Allah.Ini kerana Kedua ibu bapa merupakan sebab kewujudan anak-anak dan hak mentaati mereka berada selepas hak Allah Subhanahu Wa Ta’ala. Manfaat berbakti kepada ibu bapa ini akan dirasai oleh dua pihak .Pihak anak yang berbakti akan mendapat pahala ganjaran dari Allah dan manfaat yang dinikmati kedua ibu-bapa yang dipelihara oleh anak-anak yang mana masa tua mereka terpelihara. 

Besar pengorbanan ibu bapa, dari kecil untuk membesarkan seseorang anak, memberi ilmu, mengajar anak menmpuh liku-liku kehidupan. Adakah kita sebagai anak mensyukuri semua ini? Adakah kita sebagai anak mampu membalas semua ini? Bak kata orang tua-tua, "seorang ibu, dapat membesarkan 10 orang anak, tetapi 10 orang anak tidak mampu menjaga seorang ibu".

Tidak perlu kita menjadi tanggang moden wahai kawan, hamba disini bukan untuk membangga diri, bukan untuk menyatakan hamba lebih baik, tetapi, hamba juga sama dengan kalian. Terasa di hati kecil ini, terasa kesal, terasa sayu apabila terlintas di hati tentang pengorbanan ibu bapa. Bagi yang masih dikurniakan Allah kasih sayang ibu bapa, hargailah mereka. Dan bagi sahabat yang telah kehilangan ibu bapa, doakan mereka, percayalah sahabat, mereka pasti gembira dengan doa kalian. 


Hamba sekadar memperingatkan diri hamba sendiri dan juga sahabat semua, jika tersalah apa yang dicoretkan ini, tegurlah hamba, nasihatilah hamba.


wassalam ~~

Sebagai selingan, jom layan video ni dulu (^_^)





- coretan cik.Razi