Monday, 30 January 2012

Tazkirah ust.Razi : Berbakti Kepada Ibu Bapa

Assalamualaikum w.b.t.

“Dan Allah menjadikan bagi kamu dari diri kamu sendiri pasangan-pasangan (isteri), dan dijadikan bagi kamu dari pasangan kamu: anak-anak dan cucu cicit, serta dikurniakan kepada kamu dari benda-benda yang baik lagi halal, patutkah mereka (yang engkar itu) percaya kepada perkara yang salah (penyembahan berhala) dan mereka kufur pula akan nikmat Allah.”
[An-Nahl :72]
عن عبد الله بن مسعود قال: سألت النبي صلى الله عليه وسلم : أي العمل أحب إلى الله ؟ قال : ( الصلاة على وقتها ) . قال : ثم أي ؟ قال : ( ثم بر الوالدين ) . قال : ثم أي ؟ قال : ( الجهاد في سبيل الله ) . قال : حدثني بهن ، ولو استزدته لزادني 
Maksudnya: Daripada Abdullah Ibnu Mas’ud Radiyallahu Anhu :Aku Telah Bertanyakan Pada Nabi (S.A.W), Apakah Amalan Yang Paling Dicintai Oleh Allah Taala: Nabi Bersabda,Solat Pada Waktunya,Aku Bertanya Lagi:Apa Lagi Wahai Rasulullah?
Baginda Bersabda: Kemudian Berbuat Bakti Kepada Ibu Bapa, Aku Bertanya Lagi, Apa Lagi Wahai Rasulullah? Baginda Bersabda:Berjihad Di Jalan Allah, Kemudian Rasulullah Berkata Kepada Aku,Andai Kamu Bertanya Lagi Nescaya Akan Aku Menjawabnya.”
— Hadis riwayat Imam Bukhari(no 5970) dan Imam Muslim(no 85) –

Sama dengan sahabat-sahabat yang lain, kita dilahirkan kerana cinta ibu bapa kita. Berbakti kepada ibu bapa berbakti kepada ibu bapa sebagai amalan kedua yang dicintai Allah.Ini kerana Kedua ibu bapa merupakan sebab kewujudan anak-anak dan hak mentaati mereka berada selepas hak Allah Subhanahu Wa Ta’ala. Manfaat berbakti kepada ibu bapa ini akan dirasai oleh dua pihak .Pihak anak yang berbakti akan mendapat pahala ganjaran dari Allah dan manfaat yang dinikmati kedua ibu-bapa yang dipelihara oleh anak-anak yang mana masa tua mereka terpelihara. 

Besar pengorbanan ibu bapa, dari kecil untuk membesarkan seseorang anak, memberi ilmu, mengajar anak menmpuh liku-liku kehidupan. Adakah kita sebagai anak mensyukuri semua ini? Adakah kita sebagai anak mampu membalas semua ini? Bak kata orang tua-tua, "seorang ibu, dapat membesarkan 10 orang anak, tetapi 10 orang anak tidak mampu menjaga seorang ibu".

Tidak perlu kita menjadi tanggang moden wahai kawan, hamba disini bukan untuk membangga diri, bukan untuk menyatakan hamba lebih baik, tetapi, hamba juga sama dengan kalian. Terasa di hati kecil ini, terasa kesal, terasa sayu apabila terlintas di hati tentang pengorbanan ibu bapa. Bagi yang masih dikurniakan Allah kasih sayang ibu bapa, hargailah mereka. Dan bagi sahabat yang telah kehilangan ibu bapa, doakan mereka, percayalah sahabat, mereka pasti gembira dengan doa kalian. 


Hamba sekadar memperingatkan diri hamba sendiri dan juga sahabat semua, jika tersalah apa yang dicoretkan ini, tegurlah hamba, nasihatilah hamba.


wassalam ~~

Sebagai selingan, jom layan video ni dulu (^_^)





- coretan cik.Razi

Friday, 27 January 2012

Tazkirah ust.Razi : Pesanan Rasulullah utk Kaum Lelaki

Sabda Rasulullah:
 "Jangan engkau kahwini wanita yang enam, jangan yang ananah, yang mananah, dan yang hananah dan jangan engkau kahwini yang hadaqah, yang basaqah dan yang syadaqah"

Orite, mari hamba jelaskan sifat-sifat wanita yang terdapat dalam pesanan Rasulullah tadi :

WANITA ANANAH : Wanita yang suka mengomen suami. Contohnya, semua yang suami lakukan semua tak betul, kesalahan suami sahaja yang nampak. Sedangkan kesalahan sendiri tidak diendahkan.

WANITA MANANAH : Hok nih pulok, jenis ore wanita hop suko ngungkit. Contohnya, dio suko ngungkit kebaikan hop dio buat utk si suami seperti beli hadiah, memasak dan lain-lain.

HANANAH : Bagi kategori nih, untuk ore wanita hop menyatakan kasih sayang terhadap orang lain selain suami dan selalu berharap buleh suami hop lebih baik dari yang sedia ada. Contohnya, si isteri menyatakan kasih sayang terhadap suami yang terdahulu (janda) dan berharap dapat kembali kepada suami terdahulu sedangkan si isteri itu sudah pun berkahwin.

HADAQAH : Wanita jenis nih, hop biaso kito jupo, wanita hop tergolong dale golongan HADAQAH adalah wanita yang bersifat BOROS. Ambo rs kalu sifat ni tok perlu nak bagi contoh sebab sumo orang tahu apa itu boros.

BASAQAH : Bagi golongan nih pula, wanita yang suka menghiaskan diri bukan untuk suami tetapi untuk tontonan lelaki lain. Sedangkan bagi wanita, haram bagi mereka berhias-hias sperti memakai wangian untuk tujuan lain selain tontonan atau menghiburkan hati suami.

SYADAQAH : Wanita yang suka bercakap banyak. Maksud hamba disini, bukan "ngepek", bercakap banyak seperti suka mengumpat, bercakap perkara yang tidak berfaedah. "Ngepek" tuh untuk memperbetulkan kesalahan, bukan berbual kosong. Maksud SYADAQAH kat sini, wanita yang suka berbual-bual kosong.


Sekian, Wassalam ^_^


- coretan cik.Razi

Thursday, 26 January 2012

Spider - Tapi Bagaimana





Kau buat ku teruja,
Kau buat ku tertawa,
Terbit rasa tersembnyi beku,
Hingga rasa cemburu seperti,
Pasangan kekasih yang hangat bercinta . .

Dan tak sanggup berpisah,
Walau hanya sekejap,
Aku sangat merindui kau,
Senang sekali kau ada . .
Tapi bagaimana ku kata padanya,
Dia yang ada seperti tiada,
Dengan dia cinta jadi sebuah ritual,
Haruskah aku kejam demi rasa,
Tolong lepaskanku dari sengsara ini . .
Dia bukan tak cantik,
Dia bukan tak baik,
Hanya kekosongan yang ada,
Di sudut hatiku tak bisa diusik,
Hingga cinta jadi kematu . .
Tiada yang nak gaduh,
Tiada yang nak tentang,
Hingga rasa menjadi kering kontang . .
Tapi bagaimana ku kata padanya,
Dia yang ada seperti tiada,
Dengan dia cinta jadi sebuah ritual,
Haruskah aku kejam demi rasa,
Tolong lepaskanku dari sengsara ini . .
Tapi bagaimana ku kata padanya,
Dia yang ada seperti tiada,
Dengan dia cinta jadi sebuah ritual,
Haruskah aku kejam demi rasa . .
Bagaimana harus ku kata padanya,
Dia yang ada seperti tiada,
Dengan dia cinta jadi sebuah ritual,
Haruskah aku kejam demi rasa,
Tolong lepaskanku dari sengsara ini . .
aku tuju kat engkau sayang!

- coretan cik Razi

Wednesday, 25 January 2012

Tazkirah ust.Razi : Kiamat Menurut Islam

Kiamat menurut Agama Islam :
  1. - Kemunculan Imam Mahdi
  2. - Kemunculan Dajjal
  3. - Keturunan Hazrat Isa (AS)
  4. - Kemunculan Yakjuj Dan Makjuj
  5. - Terbitnya matahari dari Barat ke Timur
  6. - Pintu pengampunan akan ditutup
  7. - Dab'bat al-Ard akan keluar dari tanah & akan menandai muslim yang sebenar2nya
  8. - Kabus selama 40 Hari akan mematikan semua orang beriman sejati shj mereka tidak perlu mengalami tanda2 kiamat lainnya
  9. - Sebuah kebakaran besar akan menyebabkan kerusakan,
  10. - Pemusnahan Kabah,
  11. - Tulisan dalam Al-Quran akan lenyap,
  12. - Sangkakala akan ditiup pertama kalinya binatang2 & org2 kafir yang tersisa akan mati, semua gunung & bangunan akan runtuh
  13. - Tiupan sangkakala yang kedua kalinya akan membangkitkan semua ciptaan Allah & bertemu di dataran Arafah menuju saat penghakiman mereka.. Dan Matahari akan mendekatkan dirinya ke bumi

Nabi MUHAMMAD SAW telah bersabda:

"Barang siapa yg mengingatkan ini kepada orang lain, akan Ku buatkan tempat di Syurga baginya pada hari penghakiman kelak."


1. Hari yang menggemparkan.

2. Apakah dia hari yang menggemparkan itu?
3. Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui kedahsyatan hari yang menggemparkan itu?
4. (Hari itu ialah hari kiamat) hari manusia menjadi seperti kelekatu yang terbang berkeliaran.
5. Dan gunung-ganang menjadi seperti bulu yang dibusar berterbangan.
6. Setelah berlaku demikian, maka (manusia akan diberikan tempatnya menurut amal masing-masing) adapun orang yang berat timbangan amal baiknya.
7. Maka dia berada dalam kehidupan yang senang-lenang.
8. Sebaliknya orang yang ringan timbangan amal kebaikannya.
9. Maka tempat kembalinya ialah "hawiyah".
10. Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui, apa dia "hawiyah" itu?
11. (Hawiyah itu ialah) api yang panas membakar.



Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan hendaklah setiap diri memperhatikan apa yang telah diperbuatnya untuk hari esok (akhirat), dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.(Al Hasyr 18)


 rombongan yang dibawa ke neraka jahanam

rombongan yang dibawa ke Syurga


surah al-Qiyamah (the judgement day)






- coretan cik Razi

Sunday, 22 January 2012

Kerana Cinta ~~

ada satu cerita,
cerita tentang cinta . .

kita hidup di dunia,
kerana cinta . .
kerana cinta Ilahi,
di kurniakan kita nikmat cinta ini . .

kita hidup di dunia,
kerana cinta . .
kerana cinta itu adalah jiwa, 
dan jiwa itu milik manusia . .

kita hidup di dunia . .
kerana cinta . .
kerana cinta ibu bapa,
Ada cinta ibu bapa adalah kita . .

kita hidup di dunia,
kerana cinta . .

cinta itu manusia,
ada cinta adalah manusia,
tiada cinta tiadalah manusia . . 

dan sebaik-baik cinta,
adalah cinta si hamba kepada TUHAN nya . . .




!الله أكبر


coretan Cik Razi

Tuesday, 17 January 2012

Saya SAYANG Ayah!!

Ya ALLAH, sungguh nikmat pemberian-MU. Aku tak sangka, memang manis apa yang terjadi, walaupun permulaannya perit. Aku bersyukur Ya ALLAH Ya RAHMAN, Ya RAHIM . . 

Hari ni, lepas aku balik joging tadi, aku tersempak Ayah aku. Aku tgk raut wajah Ayah......
Tiba2 perasaan aku jadi lain, hati aku "nyetok"! Sebak rasa, Ya Allah, aku sayang dia, aku sayang Ayah sangat3, walaupun Ayah aku garang dan bagi aku, Ayah aku tak suka kat aku.... Tapi sekarang aku tahu, garang Ayah sebab dia sayang aku ... Aku nangis, sambil bawak motor . . Air mata aku mengalir, aku sayang Ayah. .

Ayoh, Abe tau banyok doso abe ko Ayoh! Abe mitok maaf Ayoh.. Abe sedar Ayoh.. Doso abe besar sangat3 kat Ayoh.. Ayoh, tolong maafkan abe.. Abe merayu sangat3!!!! Tolong ampuni doso2 abe ....

Kalu mu nok kato ko aku, terserah ko mu! Tapi, kalu mu kato ko Ayoh aku, ko Ibu aku, sapa lube cacing aku cari mu! Aku saye Ayah nga Ibu aku lebih dari segalanya. . Dale dunio ni, mungkin ado 7 keajaiban, tapi bagi aku, hanya ado duo jah, Ayah ngan Ibu aku . . .


Arghhh!!! Aku dah tak boleh tahan, aku tak tau ape lagi nak taip. Air mata aku tak henti-henti mengalir..
Aku bersyukur Ya ALLAH .. telah ENGKAU beri kesempatan untuk aku menyesali semua ini, ENGKAU beri kesempatan untuk aku merasai kasih sayang Ayah .. 

Mulai saat nih, aku janji kat diri aku, aku tak akan sia-sia kan pengorbanan Ayah. Aku janji, akan ku korbankan diri aku untuk Agamaku dan Keluargaku .. Aku janji !





ALHAMDULILLAH ~~

Tazkirah ust.Razi : Allah Maha Pengampun

Seorang pemuda menghampiri Rasulullah lalu bertanya, 
"Ya Rasulullah, sekiranya aku melakukan dosa apakah dicatat dosaku?"
Rasulullah menjawab ...
"Ya di catat,"
Lalu pemuda ini bertanya kembali ...
"Sekiranya aku bertaubat?"
"Maka di hapus" ungkap tenang Rasulullah,
"Bagaimana jika aku mengulanginya lagi dosa itu Ya Rasulullah?"
"Akan di catat kembali," gumam Rasulullah,
"Ya Rasulullah, jika aku kembali taubat?"
"Akan di hapus kembali dosanya," ujar Rasulullah,
"Sampai bila begitu Ya Rasulullah?" rengek pemuda itu,
"Allah tidak pernah bosan memberi keampunan kpd kalian sehingga kalian bosan meminta ampun kepadaNya"..
Teman2 ambillah kesempatan utk bertaubat kpd-Nya .. : ^_^


Monday, 16 January 2012

tazkirah ust.Razi : PETUA IMAM SYAFIE ♥♥





Empat perkara menguatkan badan
1. makan daging
2. memakai haruman
3. kerap mandi
4. berpakaian dari kapas

Empat perkara melemahkan badan
1. banyak berkelamin (bersetubuh)
2. selalu cemas
3. banyak minum air ketika makan
4. banyak makan bahan yang masam

Empat perkara menajamkan mata
1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih

Empat perkara merosakan mata
1. memandang najis
2. melihat orang dibunuh
3. melihat kemaluan
4. membelakangi kiblat

Empat perkara menajamkan fikiran
1. tidak banyak berbual kosong
2. rajin bersugi (gosok gigi)
3. bercakap dengan orang soleh
4. bergaul dengan para ulama

4 CARA TIDUR

1. TIDUR PARA NABI
Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan bumi.

2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAH
Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat malam.

3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA
Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak dimakan.

4. TIDUR SYAITAN
Menelungkup/tiarap seperti tidurnya ahli neraka.

doa.
zikir.
itulah kekuatan seorang muslim :)

Saturday, 14 January 2012

ALLAH sayang kite ♥♥

Huh! Lamo doh tok ngarang neh. Maaf lah, aku ore KELATE, so aku ngarang pom dale bahaso KELATE. Kalu di kiro-kiro, ari nih masok 14 ari bule Januari doh. Tapi, aku raso tak dop gapo-gapo pom hok jadi, hok menarik dale hidop aku. Tiap-tiap hari mace-mace masaloh mari. Ado hok gi, ado hok mari. Kade-kade aku raso putus aso doh nga sumo nih. Tapi, di pikir-pikir balek. . ALLAH saye kito, sbb tu DIO uji kito ginih. Aku yakin dan aku pasti, ado bndo hok ALLAH nk tunjuk ko aku nga gp hok DIO wi nih . .
"Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan, sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan."   (Surah Al-Insyirah: 5-6)
 Tringat smula gapo hok tok guru aku ngaja maso aku skoloh pondok mulo, ALLAH ake wi jale kluar hok sene, hok gembiro ko hambo-hambo NYA yang beriman. Aku mohon YA ALLAH, YA RAHMAN, YA RAHIM. . . Aku mohon aku tergolong dalam kalangan hamba-hamba MU itu. . Gapo ok petim lonih, aku keno banyok2 bersabar, buko pitu hati aku seluas-luas mungkin. Banyok doa, banyok usoho nak betul balik sumo hok berlaku ni. 

"...Barang siapa yang bertaqwa kepada ALLAH nescaya Dia akan mengadakan baginya (hamba) jalan keluar dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka. Dan barang siapa yang bertawakal kepada ALLAH, nescaya Allah akan mengcukupkan (keperluannya)." (Surah Al-Talaq: 2-3) 
Lonih, gapo hok kito keno yakin, ALLAH tak akan uji seseore hambo di luar kemampuannya . . 




- coretan cik Razi



Friday, 13 January 2012

Ku Merayu :'(

Andainya dikau pergi .
Siapa yang akan menyayangi diriku ini .
Cubalah untuk mengerti .
Kiranya kau lebih bahagia .
Seandainya ku tiada .
Ku relakan permintaan hati . .


Kini baru ku sedari .
Diri ini tak diperlukan lagi .
Mungkin salah ku atau kau masih ragu . .


Dahulu kau sering mengisi hariku dengan senyumanmu .
Tetapi mengapa semuanya kan berakhir . .


Disini ku takkan berhenti merayu .
Agar kau takkan pergi tinggalkan ku .
Ku relai menantimu sampai mati .
Ku berdoa agar kau percaya .
Sesungguhnya hanya kau yang ku cinta .
Dapatkah kau rasa meskipun kecewa ?


Kemaafan ku pinta .
Ku berharap kita kembali semula .
Walaupun sekadar teman biasa . .


Ku menanti kembalilah kasih .
Kasih . . .



- coretan Cik Razi

Rayuan hati ini ^_^

Dalam sayu ini .
Ku masih merayu .
Kiranya Kau hulur sisa simpati .
Untuk hatiku yang masih mengharap . .

Walaupun aku tidak pasti .
Apakah masih membarakah dosaku ?
Di lautan derhaka ku terus berombak .
Menghempas taubatku yang kian retak . .

Oh Tuhan .
Ampunilah daku .
Sudi kiranya Kau hujani kembali .
Jiwaku yang masih kelayuan ini . .

Tuhan, sambunglah cintaku yang terputus .
Dengan cinta-Mu Yang Maha Kuasa . .

Dalam sayu ku masih merayu .
Agar kasih-Mu hadir di hatiku .
Dalam pilu ku merayu .
Agar dosaku terkubur bersama kenangan yang lalu . .

Ku merayu hanya pada-Mu .
ku merayu dan terus merayu . .

Ku memohon petunjuk dari-Mu .
Buatku menuju jalan Mu yang satu .
Hidup mati ku hanya untuk-Mu . 
Ya Allah ya Tuhanku . . . .





- coretan cik Razi