Sunday, 14 October 2012

Cerita Hati ♥


Hati mana akan mudah menerima kalau sudah sering dimainkan?
Hati mana akan pulih jika sering disakiti?
Itu hati aku, hati yang selalu dimainkan, hati yang selalu disakiti. 
Itu hati aku yang belum terbuka menerima pendatang baru.

   Mungkin suatu masa akan ada Si Hawa akan merawat hati aku yang selalu dimainkan yang selalu disakiti. Mungkin semua akan berubah. Mungkin dan mungkin . .

   Tapi hingga saat ini, belum kelihatan Si Hawa singgah di hati aku. Belum ada Si Hawa merawat hatiku. Bahkan, semakin hari, semakin perit. Semakin hari, semakin terseksa. Ya Allah, berat sungguh dugaan-Mu ini.

Apa yang aku kejar dalam saat ini? Cinta? Kehidupan? Cita-cita? Keluarga?

   Ya! Itu semua perlu. Keluarga itu utama, cita-cita itu masa depan. Masa depan semua, untuk diriku dan untuk keluarga aku. Keluarga dan cita-cita itu kehidupanku. Terus dan terus dikejar, terus dan terus dicapai. Harapan semua itu semakin cerah, namun jika aku menyerah ia mungkin akan musnah. Setiap tujuan mesti ada pengorbanan. Apa pengorbanan aku?? Telah aku korbankan semua, segulung ijazah aku, kesihatan aku, masa aku dan hati aku. Jangan mengeluh. Jangan merintih. ALLAH MAHA ADIL, berkat doa dan usaha aku, dengan keredaan-Nya, aku pasti berjaya insyaALLAH.

   Cinta? Itu penting untuk aku. Manakan akan hidup seseorang manusia jika tanpa cinta. Cinta ibu dan ayah yang membesarkan aku. Cinta Si Hamba kepada Maha Pencipta yang membuatkan aku terus berusaha mencapai keredaan-Nya. Tapi cinta kepada pemilik separuh jiwa aku?? Aku juga sama dengan semua, ingin mencintai dan ingin dicintai. Tapi, apa yang aku rasakan saat ini, aku ingin dicintai tapi takut untuk mencintai.
Susah untuk menerima semua ini. Ramai yang menasihati aku, apa yang terjadi ini kerana dendam. Dendam aku yang dahulu, dendam aku yang menghasut aku, dendam yang menghalang hatiku, yang memeritkan hatiku.

   Biarkan masa berlalu, biarkan angin meniupnya pergi. Mungkin suatu hari aku pasti dapat hidup lebih bahagia dari dulu. Hidup dengan insan yang lebih memerlukan dan menghargai aku.

   Hei Si Rama-rama, aku harapkan kau bahagia dengan kehidupan kau. Itu yang kau pilih, itulah yang akan kau hadap.

   Ini hidup aku, hidup baru aku. Duhai Si Hawa, Duhai Sang Kekasih, jika suatu hari engkau singgah di hati kecil aku, aku harapkan engkau yang terakhir, dan aku harapkan kau ubatkan segala luka dihati aku.

   Tolong, tolong kau ukir senyuman aku yang telah lama hilang dulu. Akan ku janji denganmu, akan ku jaga hatimu, akan ku jaga maruahmu sebagai mana engkau mencintaiku.




- coretan Cik Razi