Tuesday, 26 February 2013

Titian Perjalanan . .


Bismillahhirahmanirahim . .

Kehidupan . . .
Jelas untuk sumo ore kehidupe tu hok kito sumo lalu hari-hari sapa ko mati. Serumo jadi ikut kehendak hati masing-masing. Supo ore rama-rama, kalu niat di hati nok jadi molek, dengan bekale usoho capo tawakal insyaALLAH jadi molek. Tapi, kalu bendo tuh sekadar niat di hati, tanpo usaha dan tawakal, sumo tu hanyo omong kosong, hanyo ange-ange.


Kehidupan . . .
Jelas dan nyato untuk kito, ange-ange tu tok selalu supo nga kenyatae, sama ado koho molek atau sebaliknyo. Kato ore tuo, kalu nok berange biar berpado-pado cukup ange-ange sebelum tido jah, wat jadi hibure hile stress seharie wat kijo. Tapi, denga ange-ange lah ado kalonyo wat kito sumo makhluk ALLAH ni jadi bersemangat nok wat kijo-kijo harie, bersemangat capa cito-cito hok diingini.


Kehidupan . . .
Jelas hidop ni keno ado cito-cito. Sama ado cito-cito jangko maso pendek atau pun jangko maso panje sumo atah keingine masing-masing. Mugo diri masing-masing hak milik sendiri, buke ore laen hok tentu melainke kalu kito masih kecik, masih belum akil baligh, masih belum matang.


Kehidupan . . .
Jelas bagi setiap umat manusio kematangan tu penting dale tentuke keputuse, dale penyelesaian masaaloh, dale kehidupe kito hari-hari. Tapi ramai ore anggap bahawo kematangan ni diukur berdasarke umur individu,   itu sumo pendapat masing-masing. Tere-tere bendo tu saloh, kematangan ni ditentuke oleh pengalame. Untung bagi seseore manusio tu sebab pengalame, sebab kesulite hok pernoh dio lalui sepanje hayatnya. Kade-kade ore omo 21 tahun lagi cerdik banding denga ore hok umo 41 tahun. Pengalame ni anugerah Ilahi, buke sumo ore dapat. Pengalame ni samo jugok nok dikatokan sebagai cikgu perjalane kehidupe kito sumo sebagai umat manusio hok hidup atah bumi Allah ni.


Kehidupan . . .
Pilih kehidupan sendiri, itu untuk diri sendiri tok perlu kito nok berlagak lebih dari kemampuan kito, hanya perlu bersyukur denga hok ado. Syukur sajo tok jadi jugok, tapi tiap-tiap saat kito keno usaha bia sumo hok kita lalui jadi lebih baik, lebih baik dari dulu, lebih baik dari semale dan jugok untuk hari-hari akan date. Tadah tange, kuat memohon kepada Ilahi, agar Titian Perjalanan kito sumo sempurna dunia dan akhirat . . .
Amin ~~






- coretan Cik Razi

Monday, 25 February 2013

Cerita KIta, Cerita Suka, Cerita Duka . .

Bismillahirahmanirahim . .

Cerita selalu dikarang,
Cerita selalu direka,
Dan cerita juga selalu dibelitkan.

Semua cerita berbeza untuk setiap insan.
Cerita mereka bersama impian mereka.
Ada yang bercerita sedih,
Ada yang bercerita gembira.

Kalau cerita ini sudah tahu penghujungnya,
Kenapa perlu lagi hidup?

Semua cerita setiap insan tiada penghujunya melainkan mati,
Jika cerita malam ini tidur,
Cerita esok pagi ia pasti bangun,
Berturutan sehingga hujung nyawa.

Kita punya cerita sendiri,
Cerita tentang kehidupan hari-hari,
Cerita yang tiada penghujung pasti,
Cerita gembira diharap pasti.

Cerita kita dahulunya tiada warna-warni,
Hanya hitam dan putih menyelubungi,
Tiba saat 'pelukis' datang mewarnai,
Dari suram, terus bewarna lagi.

'Pelukis' itu orangya seperti kita,
Pandai bertutur dan berkata-kata,
Dan bisa mengambil hati orang tua,
Dan taat juga pada agamanya.

Seperti kalian semua,
Cerita kita juga ada dukanya,
Tidak selalu berduka,
Seperti yang lain ada ketawanya.

Cerita kita sangat indah,
Kekadang hijau, kekadang merah.

Cerita dulu sangat menyakitkan,
Tapi sekarang semua berlainan,
Menadah tangan tanda kesyukuran,
Kepada Allah kita panjatkan.

'Pelukis' itu sama seperti kita,
Ada banyak kurang dan lebihnya,
Bukan itu yang kita fikirkan,
Tetapi kebahagiaan yang diimpikan.

Walau selalu bercakaran,
Walau selalu berkasaran,
Ia bukan satu kesilapan,
Tapi ia satu kelainan.

Aku, Engkau itu kelainan,
Sayang-2 itu kebiasaan,
Dari selalu baik jarangkan,
Pasti nanti dirasakan.

Kita tidak pandai berkata-kata,
Hanya mengarang itu kelebihan.

Walau kita nampak garang,
Walau kita selalu berang,
Percayalah sayang,
Itu bukan tanda kita tak sayang.

Pergi-pergi orang menghalang,
Hanya tinggal orang mendukung,
Tiada sudah mulut orang,
Hanya kesabaran yang dijunjung.

Kalau ada masa yang panjang,
Ingin kita menemukan,
Semua orang yang menghalang,
Biar semua dapat pengajaran.

Bukan kita jenis amarah,
Tapi kita menegakkan hak.

Wahai si 'pelukis',
Setialah selamanya untuk berkarya,
Hanya itu yang kita masa hidup berhabis,
Tolong warnakannya setiap masa.






- coretan Cik Razi



Monday, 11 February 2013

Solat Sunnat Selepas Ijab Qabul





Sunnah selepas Ijab Qabul :

  • Melakukan solat sunat 2 rakaat berjemaah suami dan isteri.

Cara untuk mengerjakannya ialah:
  •  Lafaz niatnya : “Usolli sunnata ba’dan nikahi rak’ataini lillahi Ta’ala”Allahu Akbar”: Sahaja aku solat sunat sesudah nikah dua rakaat kerana Allah Ta’ala”
  • Rakaat pertama : Membaca surah Al-Faatihah dan surah Al-Kafiruun’
  • Rakaat kedua : Membaca surah Al-Faatihah dan surah Al-Ikhlas
  • Membaca doa berikut selepas salam:

   “YA Allah, Engkau Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, segala puji-pujian bagi-Mu, seru sekalian alam. Ya Allah, aku bersykur kepada-Mu, telah selesai pernikahanku ini, kami memohon pada-Mu Ya Allah Engkau berkatilah pernikahan –ku ini. Engkau jadikanlah aku dan isteriku orang-orang yang soleh. 
   Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim, pada-Mulah kami memohon pertolongan. Engkau anugerahkanlah padaku isteri/suami yang soleh, Engkau berikanlah akan daku dan isteriku petunjuk dan hidayah agar kami sentiasa di dalam keredhaan-Mu dan tunjukilah kami ke jalan yang lurus sepanjang hidup kami. Engkau berikanlah kami kekuatan untuk memimpin isteri dan anak-anak kami ke jalan yang Engkau redhai. Engkau mesrakanlah kami, bahagiakanlah kami sebagaimana Nabi Muhammad s.a.w dan Siti Khadijah, Nabi Yusuf dengan Zulaikha, Nabi Adam dan Hawa. 
   Engkau anugerahkanlah padaku dan isteriku anak-anak yang ramai dan soleh. Engkau anugerahkanlah kami kesihatan dan kesejahteraan pada isteri/suami dan anak cucu kami sepanjang hayat kami dan sepanjang hayat mereka. Engkau peliharalah kami daripada perkara-perkara yang boleh merosak kemesraan dan kebahagiaan rumah tangga kami” 

   “Ya Allah ,Ya Rahman, Ya Rahim, Engkau anugerahkanlah kepada kami akan rezeki yang suci dan baik, lindungilah kami dari mendapat rezeki yang keji dan haram. Engkau jadikanlah aku, isteriku/suamiku dan anak-anak kami orang yang rajin mengerjakan solat dan bertaqwa. Engkau berikanlah petunjuk dan jalan sekiranya aku, isteri/suami dan anak-anak ku menyimpag ke jalan yang tidak Kau redhai. Engkau anugerahkanlah padaku, isteri/suami dan keturunan kami kekuatan dan keimanan untuk berbuat baik dan amal soleh sepanjang hayat kami. Engkau peliharalah kami, isteri/suami, anak-anak dan cucu-cucu kami dari sebarang mara bahaya,fitnah,dan malapetaka yang tidak diingini samaada yang lahir mahupun yang batin” 

   “Ya Allah,Engkau berkatilah umur kami, isteri/suami kami, anak-anak kami, cucu-cucu kami sehinggalah akhir hayat kami dan mereka. Engkau peliharalah kami, isteri/suami kami, anak-anak kami, cucu-cucu kami agar menjadi orang yang taat kepada-Mu Ya Allah, kepada kedua ibubapanya dan taat mengerjakan perintah-Mu dan taat dalam menjauhi larangan-Mu” 

“Bahagiakanlah rumah tangga kami Ya Allah,(3 kali), 

Engkau berkatilah rumahtangga kami Ya Allah (3 kali)” 

Amin ya rabbal a'lamin.






- coretan Cik Razi