Alhamdulillah, genap tarikh 22 Mac 2012, cukuplah umur aku 20 tahun. Aku bangga aku dah tua, hahahaha . . Walaupun hari ni memang teramat pahit untuk aku. Tak mengapa, Allah tahu apa yang terbaik untuk hamba-Nya.
Aku sambut hari jadi aku sorang-sorang kot. Agak-agak macam mana rasa kalau lalui hari-hari yang kita tunggu selama setahun sorang diri? Hahaha, padan muka aku !
Hari ni, pagi-pagi lagi pukul 12pagi tepat-tepat 22 Mac 2012, aku ada kat sisi Ayah, teman ayah dekat hospital, gurau-gurau dengan ayah. Hei ! Ayah aku lah pengubat sedih aku . Kalau aku ada dengan Ayah, aku dah tak nak fikir semua benda lain, aku hanya nak masa aku dengan Ayah kembali. Aku balik rumah pukul 4 pagi, apa aku buat? Ayah minta aku carikan siaran radio kat handset baru Ayah. Suka-suka kitorang semalam. Dah selesai, aku balik rumah, adik aku pula yang temankan Ayah.
Dalam pukul 6 pagi, Ibu kol, bagi tahu aku Ayah dah tak sedarkan diri, terkejut aku, Tuhan saja yang tahu. Aku bangun, terus sambut baju pergi hospital. Adik aku cakap Ayah tak sedarkan diri. Adik aku ceritakan apa yang jadi dekat Ayah masa tu, dia kata ayah mula tak sedarkan diri selepas aku balik, lebih kurang pukul 5 pagi. Ya Allah, kalaulah aku tunggu semalam.
Samapai aku kat hospital, adik aku, Ibak, Nini, Nono dan sepupu Ayah, Acik Joe dah ada. Sampai kat hospital aku terus peluk ayah, aku tahan sebak dalam hati aku. Ya Allah, aku tak terdaya dengan ujian ini, aku tak bisa hidup tanpanya !
Kitorang semua keliling Ayah, aku ada dekat sebelah kanan, Ibak di sebelah kiri Nini dan Nono kat kaki Ayah. Aku nampak mata Ibak merah, aku tahu dia tengah tahan sebak, aku pon sama, Nini keluar dari bilik Ayah dirawat, Nini mengangis dekat luar. Aku tahan, aku tahan, aku tahan, dalam tak aku sedar, air mata aku dah mengalir.
Ya ALLAH Ya Tuhanku, lindungi Ayah, sembuhkanlah Ayah, kami masih kecil, masih belum mengenal dunia ni, masih mentah, kami tak mampu hidup tanpa Ayah. Ya ALLAH, sembuhkanlah Ayah . . .
Buat masa sekarang ni, jam 11.45 p.m. keadaan Ayah dah kembali stabil, Ayah dah buka mata dan mula bercakap dengan kitorang. Walaupun nada perlahan, walaupun tak segarang dulu, tapi aku lega sebab Ayah masih bersama kami lagi, Alhamdulillah.
Memang cukup-cukup terbaik hadiah Befday aku yang ke-20 ni, Alhamdulillah . . Seorang demi seorang pergi tinggalkan aku. Aku dah cukup sedih, pilu . . Aku dah tak der tempat nak mengadu, Tak kisah lah pape pon.
- Coretan Cik Razi



