Assalamualaikum w.b.t.
“Dan Allah menjadikan bagi kamu dari diri kamu sendiri pasangan-pasangan (isteri), dan dijadikan bagi kamu dari pasangan kamu: anak-anak dan cucu cicit, serta dikurniakan kepada kamu dari benda-benda yang baik lagi halal, patutkah mereka (yang engkar itu) percaya kepada perkara yang salah (penyembahan berhala) dan mereka kufur pula akan nikmat Allah.”[An-Nahl :72]
عن عبد الله بن مسعود قال: سألت النبي صلى الله عليه وسلم : أي العمل أحب إلى الله ؟ قال : ( الصلاة على وقتها ) . قال : ثم أي ؟ قال : ( ثم بر الوالدين ) . قال : ثم أي ؟ قال : ( الجهاد في سبيل الله ) . قال : حدثني بهن ، ولو استزدته لزادني
Maksudnya: Daripada Abdullah Ibnu Mas’ud Radiyallahu Anhu :Aku Telah Bertanyakan Pada Nabi (S.A.W), Apakah Amalan Yang Paling Dicintai Oleh Allah Taala: Nabi Bersabda,Solat Pada Waktunya,Aku Bertanya Lagi:Apa Lagi Wahai Rasulullah?Baginda Bersabda: Kemudian Berbuat Bakti Kepada Ibu Bapa, Aku Bertanya Lagi, Apa Lagi Wahai Rasulullah? Baginda Bersabda:Berjihad Di Jalan Allah, Kemudian Rasulullah Berkata Kepada Aku,Andai Kamu Bertanya Lagi Nescaya Akan Aku Menjawabnya.”— Hadis riwayat Imam Bukhari(no 5970) dan Imam Muslim(no 85) –
Sama dengan sahabat-sahabat yang lain, kita dilahirkan kerana cinta ibu bapa kita. Berbakti kepada ibu bapa berbakti kepada ibu bapa sebagai amalan kedua yang dicintai Allah.Ini kerana Kedua ibu bapa merupakan sebab kewujudan anak-anak dan hak mentaati mereka berada selepas hak Allah Subhanahu Wa Ta’ala. Manfaat berbakti kepada ibu bapa ini akan dirasai oleh dua pihak .Pihak anak yang berbakti akan mendapat pahala ganjaran dari Allah dan manfaat yang dinikmati kedua ibu-bapa yang dipelihara oleh anak-anak yang mana masa tua mereka terpelihara.
Besar pengorbanan ibu bapa, dari kecil untuk membesarkan seseorang anak, memberi ilmu, mengajar anak menmpuh liku-liku kehidupan. Adakah kita sebagai anak mensyukuri semua ini? Adakah kita sebagai anak mampu membalas semua ini? Bak kata orang tua-tua, "seorang ibu, dapat membesarkan 10 orang anak, tetapi 10 orang anak tidak mampu menjaga seorang ibu".
Tidak perlu kita menjadi tanggang moden wahai kawan, hamba disini bukan untuk membangga diri, bukan untuk menyatakan hamba lebih baik, tetapi, hamba juga sama dengan kalian. Terasa di hati kecil ini, terasa kesal, terasa sayu apabila terlintas di hati tentang pengorbanan ibu bapa. Bagi yang masih dikurniakan Allah kasih sayang ibu bapa, hargailah mereka. Dan bagi sahabat yang telah kehilangan ibu bapa, doakan mereka, percayalah sahabat, mereka pasti gembira dengan doa kalian.
Hamba sekadar memperingatkan diri hamba sendiri dan juga sahabat semua, jika tersalah apa yang dicoretkan ini, tegurlah hamba, nasihatilah hamba.
wassalam ~~
Hamba sekadar memperingatkan diri hamba sendiri dan juga sahabat semua, jika tersalah apa yang dicoretkan ini, tegurlah hamba, nasihatilah hamba.
wassalam ~~
Sebagai selingan, jom layan video ni dulu (^_^)
- coretan cik.Razi




0 ulasan:
Post a Comment