Tuesday, 1 May 2012

Sudah cukup sudah . .

Hati ini meraung bukan kerana aku memerlukanmu, bukan kerana aku ingin kau kembali kepadaku, tetapi kerana aku akhirnya menyedari aku harus melepaskanmu pergi. Aku mungkin dapat menerima perpisahan kita, tetapi perlu dikorbankan segalanya. Sekian lama aku menghilangkan diri tetapi kelibatmu muncul dihadapanku lagi dan merosakkan segalanya. Aku tewas !!

Soal hati tiada undang-undang, apatah lagi paksaan.

Tiada perkara yang lebih manis dari kemanisan cinta dan tiada perkara yang lebih ngeri dari kepahitan putus cinta. Sejarah silam itu ibarat pisau yang tajam yang menikam dan mampu melukakan sesiapa sahaja. 

Ramai yang berkata, cinta sejati adalah apabila kita masih mampu tersenyum, sambil mendoakan kebahagiaan untuknya walaupun si dia sudah pun pergi bersama insan lain. Tetapi tidak bagi aku, jika cinta itu cinta sejati, maka tidak akan berlaku perpisahan, tidak akan berlaku kesedihan, tidak akan berlaku kepahitan. 

Sesungguhnya aku langsung tidak percaya tentang kata-kata "cinta tidak semestinya memiliki". Manakan namanya cinta, atau kasih sayang jika terjadi kepada sebelah pihak ? CINTA itu hubungan kasih dan sayang dua insan yang saling memerlukan. 

Sesiapa sahaja yang putus cinta sering kali berakhir dengan air mata.
Cinta yang tidak berbalas itu seumpama layang-layang yang terputus talinya.

Soal cinta itu soal hati dan juga soal jodoh. Kita sebagai manusia dan juga sebagai hamba-Nya hanya mampu merancang dan Allah sahaja yang menentukannya. Tetapi dalam hal ini, Tuhan hanya mengubah nasib sesebuah kaum jika mereka benar-benar bersungguh untuk mengecapinya. Aku berpegang pada itu, dan kerana itu lah aku selalu bersungguh-sungguh dalam bercinta. Tetapi, sejauh mana dan sedalam mana pun cinta kita terhadap seseorang, jika ia tidak berbalas, sukar untuk mengakhirinya dengan perkahwinan.

Cinta itu tidak selalu bersama jodoh tetapi jodoh selalu bersama cinta.

Aku ingin dicintai tetapi aku amat takut untuk mencintai, takut akan terluka lagi. Bercinta itu dibenarkan tetapi jangan menjadi hamba kepada cinta. Kuasai cinta, jadilah tuan kepada cinta jangan biarkan cinta memperkotak-katikkan keidupan kita. Gunakan akal dan fikiran, bezakan diantara PENGORBANAN dengan KEBODOHAN.

Mungkin sudah tiba masanya untuk aku berhenti mencintai, berhenti menggilai. Mungkin ini masanya untuk aku belajar bersabar, belajar mengerti semua yang ada disekeliling. Dan aku percaya, Allah telah tentukan jodoh untuk aku. Aku hanya perlu berdoa supaya segala urusan ini dipermudahnnya. Amin . . 

SUDAH CUKUP SUDAH . .



- coretan Cik Razi

0 ulasan:

Post a Comment