Tuesday, 1 January 2013

2012 Dan Ceritanya . .

   Akhirnya, sampai penghujung untuk tahun 2012. Tahun yang penuh suka duka untuk kehidupan aku. Tapi kerana ini lah aku menjadi lebih matang dari siapa diri aku yang dahulu. Mungkin dulu aku hanya seorang remaja yang hanya kenal erti keseronokan dan hanya mengharapkan sesuatu bergolek dan datang dengan sendiri menghadap aku.

   Setelah setahun, aku belajar semua erti kehidupan dan ia telah mengubah total hidup aku. Aku lebih bijak dari diri aku sebelum ini. Aku seorang pemimpin untuk semua aspek dalam kehidupan aku, untuk bisness aku, untuk keluarga aku dan untuk Si Dia. Jika diingatkan saat dahulu, aku hanya seorang yang kecundang. Tahun 2011 banyak melekakan aku sehinggalah muncul 2012 yang banyak memberiku peluang memperbetulkan semua kesilapan lampau aku. Kesilapan aku terhadap keluarga aku, terhadap bisnes keluarga aku.

   Aku beruntung, di saat aku berduka kehilangan seseorang, di kirim-Nya seorang insan yang dapat memberi aku semangat walau telah kerap aku ingin berputus asa. Semuanya kerana aku berfikir sudah tamat zaman "jahiliah" dulu, ini sudah zaman perubahan. "Dunia dah berubah, orang dah maju"!

   Tahun 2012 menghadiahkan banyak erti kehidupan untuk aku, keluarga aku telah bersatu kembali. Aku sudah diterima kembali dalam keluarga aku dan mereka memberikan kepercayaan sepenuhnya untuk aku, kepercayaan untuk menguruskan perniagaan yang telah lama keluarga aku usahakan. Alhamdulillah, telah lama bakat aku sebagai bisnesman aku pendam, akhirnya tiba masa untuk aku curahkan. 

   Saat remaja lain leka, saat itulah aku bangkit dari kelaraan aku, bangkit mencapai cita-cita aku dan keluarga aku. Aku lihat kesungguhan ayah, kesungguhannya membela aku, aku banyak berdosa ke atas keluarga aku. Aku anak harapan mereka! Aku anak sulung mereka! Tapi apa yang dapat aku hadiahkan untuk orang tua aku? Tapi aku bersyukur, tahun 2012 telah memberi aku peluang untuk menebus segalanya. Alhamdulillah! 2012 itu tahun untuk aku!

   Untuk tahun 2013, aku berharapkan sesuatu yang diluar jangkaan aku. Aku berharapkan cita-cita ayah dan aku dapat dicapai. Untuk keluarga dan perniagaan aku.

   Tahun 2013 banyak perancangan, jika ada rezeki aku, kejinjang pelamin lah aku hujung tahun ini. Aku doakan semua berjalan lancar mengikut perancangan aku. Ayah dan Ibu restui hubungan aku dan mereka mengharapkan kami cepat disatukan. Alhamdulillah, pilihan aku kali ini tepat, memang tepat sehinggakan ayah yang selama ini tidak pernah setuju dengan pilihan aku tersenyum melihat Si Dia. Dalam hati aku gembira yang teramat sangat. Tidak dapat aku luahkan.

   Untuk Si Dia, aku sayangkan engkau lebih dari apa yang kau pernah tahu dan aku harapkan semua rancangan kita lancar seperti apa yang kita rancangkan sayang. Terima kasih untuk 2012, kau memberi warna baru untuk hidup aku, walaupun aku selalu ego, selalu kasar tapi jauh disudut hati aku, aku menghargai segala pengorbanan kau, jauh disudut hati aku, aku cintakan kau. Uhibbuki Fillah!

   Untuk tahun ini, kita lalui dengan baik, lebih baik dari tahun 2012. Semua dugaan aku akan selalu dengan kau, semua kepedihan akan aku ubatkan, semua kesedihan akan aku tawakan. Itu janji aku untuk engkau sayang. . .

   May Allah bless me, happy new year !








-coretan Cik Razi

0 ulasan:

Post a Comment